Sebuah Senyuman Oktober 2015, hari ini hari pertama pelajar- pelajar praktikal daripada latar belakang yang berbeza hadir di tempat kerja aku. Mereka ada yang belajar dalam bidang kimpalan, mekanikal dan banyak lagi. Mereka di kumpulkan di satu syarikat untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dalam bidang industri untuk persediaan 'Petronas shutdown'. Ini adalah pengalaman pertama aku dalam menguruskan pelajar praktikal. Aku uruskan daripada pendaftaran , sehinggalah perbahagian PPE ( Personal Protection Equipment). Tapi tiba-tiba mata aku terpaku pada satu warna, iaitu warna merah. Satu susuk tubuh memakai t shirt berkolar berwarna merah lalu betul- betul di hadapan aku membuat aku terpaku. Tapi sayang aku adalah jenis yang setia pada yang satu. Tapi perasaan ingin kenal susut tubuh itu membuak-buak sehinggalah satu hari aku pergi ke kelas di mana pelajar praktikal itu di tempatkan. Sebaik sahaja aku membuka pintu satu senyuman menerjah , Ya Allah senyuman yang aku dapat it...